Wantan Mee Kicap terboek! 👍
Aku macam biase lah sentiasa je mngidam makanan macam-macam walau bukan di musim membuyung. Haha! Cari punye cari mana mee wantan di kawasan terdekat dengan rumah, jumpa jugak akhirnya dengan Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant di Lake Fields, Sungai Besi, KL.
Sebelum ni pernah makan di Food Junction, IOI City Mall Putrajaya tapi aku tak berkenan lah rasa mee tu. Rasa kapur. Tak syok di tekak.
Makanya tengahari 31 Ogos 2017, kami pun menggerakkan badan dan kereta ke sana. Husben order Nasi Ayam. Nasi Ayam dia terbaik beb. Terbaik bab sambal dia. Sebab pedas! Tak sempat nak tangkap gmba, husben dah ngapp!
Aku pilih Wantan Mee Kicap sebab aku memang sgt teringinkan Mee Kicap ni. Dia ade dua jenis utk Mee Kicap ni. Satu Mee Kicap Bbq Chicken dan satu lagi menu yg aku pilih ni. Wantan dia pun penuh isi. Selalu aku dpt kulit wantan je lebih bukan ada isi. Harga dia pun oklah. Baru RM 7.90 je. 👍
Memang aku recommend mkn sini laa bg sesiapa yg teringin tu. Public holiday pun bukak. Tengok laa aku dtg bile, Hari Merdeka koot! Haha.
Sis bagi rate 5/5👍👍👍👍👍 kalau nak compare dengan Mee Kicap IOI City Mall tu dengan sini. Kahkahkah! 😁