False Labour! On my second pregnancy.


Setiap anak yang dikandungkan dan dilahirkan akan mengalami setiap keadaan dan situasi yg berbeza. Aku pun tak lari dari penyataan itu. Waktu mengandungkan si sulung, pelbagai dugaan sepanjang mengandungkan dia. Tapi Alhamdulillah, sepanjang membesarkan dia dari lahir hingga 1 tahun, dia tak byk mendatangkan masalah lain. Hatta, demam pun sangat jarang sekali. Alhamdulillah.

Anak kedua kali ni, Alhamdulillah dugaan tu sgt laa kurang kecualiiii... Aku kena false labour waktu due dah memang semakin hampir. Estimated Due Date(E.D.D) dia tanggal pada 20/6/2017. Walaupun dia memang lahir tarikh tu, tapi ada beberapa story terjadi sepanjang nk mengeluarkan seorang bakal khalifah di muka bumi Allah ni.

6/6/2017. Pukul 3 pagi. Time tu dah laa puasa Ramadhan. Aku tetibe rasa sakit mcm senggugut tu tapi belom kritikal lg. Husben ckp, kalau rasa tu kerap, tu maknanya nak beranak lah. Aku pun biarkan je lah dulu. Sempat kami bersahur etc, contraction pun makin kerap dan kuat. Husben pun decide kalau nak pergi hospital, better pergi skrg sebab siang tu dia keje. Kang kalau dia gi keje, aku tetibe nak beranak, daahhh satu koje nk tunggu husben balik lah ape lah.

Ok, aku persiapkan diri sume n siapkan anak sulung. Aku mesej fmly aku standby utk mintak tlg jagakan si sulung. Pukul 5.30pg sampai PPUKM. Nurse buat CTG, dorang pun ckp contraction makin kerap dan teratur. Doktor seluk and check jalan katanye dah 3cm. Aku pun suke lah sebab 8 Jun tu birthday aku. Mana laa tau kot dpt celebrate birthday sesama ke.

Pukul 7pg mereka tolak aku masuk wad. Procedure PPUKM, bukaan 4cm baru dorang akan tolak ke Labour Room.

Dalam wad, aku da salam suami, peluk cium anak sebab husben nak balik umah sementara tunggu sampai bukaan aku dah 4cm atau dah masuk ke Labour Room, barulah husben akan dtg semula.

Aku pun layan je laaa sakit contraction tu siap download apps Contraction Timer dlm PlayStore. Lepas doktor pakar buat roundcheck pukul 8.30pg tu, aku ngantuk pulakk. Dorang ckp, dorg akn check bukaan pukul 10pg nnt. Sementara nk tggu pukul 10pg tu, aku dah ngantuk tak tahan ingat nak tido la kejap.

Pukul 9.45pg aku tdo, kul 10.15pg aku terjaga. Tapi aku pelik. Contraction dah takde! Aku ckp ngan nurse, dah tak rsa contraction dan ingatkan dorang balik yg katanye ada doktor yg nak check bukaan pukul 10pg.

Lepas dah check bukaan, sedihnya bukaan masih sama. So doktor decide utk tahan je aku if tetibe sakit tu dtg balik. Nampaknye hampa! Aku buat memcm dah. Makan nenas, sujud lelama, squat, ketuk ketampi tpi bukaan masih sama. Pagi esoknya dorang check lg bukaan dan decide aku boleh keluar wad je sebab bukaan takde perubahan. Sedih! Sebab aku dah excited gile dan keluarga mertua pun dah dtg kL sebab ingatkan aku nk beranak dah. Maka, baliklah aku dengan bukaan 3cm tu.