False Labour! On my second pregnancy.


Setiap anak yang dikandungkan dan dilahirkan akan mengalami setiap keadaan dan situasi yg berbeza. Aku pun tak lari dari penyataan itu. Waktu mengandungkan si sulung, pelbagai dugaan sepanjang mengandungkan dia. Tapi Alhamdulillah, sepanjang membesarkan dia dari lahir hingga 1 tahun, dia tak byk mendatangkan masalah lain. Hatta, demam pun sangat jarang sekali. Alhamdulillah.

Anak kedua kali ni, Alhamdulillah dugaan tu sgt laa kurang kecualiiii... Aku kena false labour waktu due dah memang semakin hampir. Estimated Due Date(E.D.D) dia tanggal pada 20/6/2017. Walaupun dia memang lahir tarikh tu, tapi ada beberapa story terjadi sepanjang nk mengeluarkan seorang bakal khalifah di muka bumi Allah ni.

6/6/2017. Pukul 3 pagi. Time tu dah laa puasa Ramadhan. Aku tetibe rasa sakit mcm senggugut tu tapi belom kritikal lg. Husben ckp, kalau rasa tu kerap, tu maknanya nak beranak lah. Aku pun biarkan je lah dulu. Sempat kami bersahur etc, contraction pun makin kerap dan kuat. Husben pun decide kalau nak pergi hospital, better pergi skrg sebab siang tu dia keje. Kang kalau dia gi keje, aku tetibe nak beranak, daahhh satu koje nk tunggu husben balik lah ape lah.

Ok, aku persiapkan diri sume n siapkan anak sulung. Aku mesej fmly aku standby utk mintak tlg jagakan si sulung. Pukul 5.30pg sampai PPUKM. Nurse buat CTG, dorang pun ckp contraction makin kerap dan teratur. Doktor seluk and check jalan katanye dah 3cm. Aku pun suke lah sebab 8 Jun tu birthday aku. Mana laa tau kot dpt celebrate birthday sesama ke.

Pukul 7pg mereka tolak aku masuk wad. Procedure PPUKM, bukaan 4cm baru dorang akan tolak ke Labour Room.

Dalam wad, aku da salam suami, peluk cium anak sebab husben nak balik umah sementara tunggu sampai bukaan aku dah 4cm atau dah masuk ke Labour Room, barulah husben akan dtg semula.

Aku pun layan je laaa sakit contraction tu siap download apps Contraction Timer dlm PlayStore. Lepas doktor pakar buat roundcheck pukul 8.30pg tu, aku ngantuk pulakk. Dorang ckp, dorg akn check bukaan pukul 10pg nnt. Sementara nk tggu pukul 10pg tu, aku dah ngantuk tak tahan ingat nak tido la kejap.

Pukul 9.45pg aku tdo, kul 10.15pg aku terjaga. Tapi aku pelik. Contraction dah takde! Aku ckp ngan nurse, dah tak rsa contraction dan ingatkan dorang balik yg katanye ada doktor yg nak check bukaan pukul 10pg.

Lepas dah check bukaan, sedihnya bukaan masih sama. So doktor decide utk tahan je aku if tetibe sakit tu dtg balik. Nampaknye hampa! Aku buat memcm dah. Makan nenas, sujud lelama, squat, ketuk ketampi tpi bukaan masih sama. Pagi esoknya dorang check lg bukaan dan decide aku boleh keluar wad je sebab bukaan takde perubahan. Sedih! Sebab aku dah excited gile dan keluarga mertua pun dah dtg kL sebab ingatkan aku nk beranak dah. Maka, baliklah aku dengan bukaan 3cm tu.

Wantan Mee Kicap Mohd Chan, Lake Fields Sungai Besi.

Wantan Mee Kicap terboek! 👍

Aku macam biase lah sentiasa je mngidam makanan macam-macam walau bukan di musim membuyung. Haha! Cari punye cari mana mee wantan di kawasan terdekat dengan rumah, jumpa jugak akhirnya dengan Mohd Chan Chinese Muslim Restaurant di Lake Fields, Sungai Besi, KL.

Sebelum ni pernah makan di Food Junction, IOI City Mall Putrajaya tapi aku tak berkenan lah rasa mee tu. Rasa kapur. Tak syok di tekak.

Makanya tengahari 31 Ogos 2017, kami pun menggerakkan badan dan kereta ke sana. Husben order Nasi Ayam. Nasi Ayam dia terbaik beb. Terbaik bab sambal dia. Sebab pedas! Tak sempat nak tangkap gmba, husben dah ngapp!

Aku pilih Wantan Mee Kicap sebab aku memang sgt teringinkan Mee Kicap ni. Dia ade dua jenis utk Mee Kicap ni. Satu Mee Kicap Bbq Chicken dan satu lagi menu yg aku pilih ni. Wantan dia pun penuh isi. Selalu aku dpt kulit wantan je lebih bukan ada isi. Harga dia pun oklah. Baru RM 7.90 je. 👍

Memang aku recommend mkn sini laa bg sesiapa yg teringin tu. Public holiday pun bukak. Tengok laa aku dtg bile, Hari Merdeka koot! Haha. 

Sis bagi rate 5/5👍👍👍👍👍  kalau nak compare dengan Mee Kicap IOI City Mall tu dengan sini. Kahkahkah! 😁

Goodday : Green Tea Flavoured Milk


Sedap tak?

Soalan pertama yg selalu akan orang tnya termasuk lah aku. Aku dapat tau psl air ni pun melalui fb. Entah page mana ntah yg viralkan. Lama dah aku perati tapi time tu belom eager lagi nak beli sebab masih dalam pantang. Suruh husben belikan, nampaknye dia pun tak berapa nak tolong belikan. Haha!

So, baru ni pergi Giant cuba cari mana tau kot-kot ada ke. Hmmmmm hampa. Lgipun aku cari gak air Marigold : Longan Red Dates tu. Sebab orang kata tu 'milk booster'. Punnn takde jugak kat Giant.

Air ni pun nasib baikkk sgt2 jumpa dekat kedai aceh. Niat asal nak beli cili merah, bila ternampak je air ni, terus grab! Lagi satu air aku sambar air Goodday Honey Flavoured Milk. Tu nanti lah aku review.

Kembali kpd tujuan asal post ni. Hahah! Rasa air not bad. Sesiapa yg suke or selalu minum air Thai Green Tea tuu. Haaa! Sama lah mcmtu tpi tak sepekat mcm Thai Green Tea. Maksudnye, rasa Green Tea Milk ni lebih soft dan tak cukup satuuu! Mungkin sebab aku kongsi dengan anak sulung, tu yg rasa cam tak cukup sekotak. Haha!

Boleh lahh tryyyy Thai Green Tea ni bagi sesiapa yg ragu-ragu nak minum air Thai tu sebab katanye banyak yang fake lah ape lah.

Sis bagi rate 4/5 utk air ni. 👍 Cam gini!

Cyst & Pregnant

4th Week Pregnancy - 30/1/2015
Perkahwinan baru menjangkau 4 bulan waktu tu. Tapi tekanan jugak lah bila pergi memana orang bertanya "dah ada isi ke?". Rasanye stress lagi pertanyaan gitu dari pertanyaan " bila nak kawen?". Mungkin sebab usia baru muda remaja, so persoalan tu sebenarnya sgt jarang ditanya.

Hari pertama tak datang period tuh aku dah nekad, cakap dengan husben kali ni nak check kat klinik buat ultrasound terus. Time tu aku redha. Aku fikir kalau tak pregnant,mgkin aku ada sakit lain dan at least aku dah detect awal-awal memandangkan mak aku pun ade history fibroid.

Balik dari opis tu, terus pi cari klinik area rumah yg ada ultrasound. Selesai register sume, nama dipanggil. Time tu memang takde orang. Penelitian dilakukan oleh doktor perempuan berbangsa India. Waktu tu, bukan kantung ditemui tetapi sejenis ketumbuhan disebut sebagai cyst ditemui di ovari kiri. Saiz dalam 5.1cmx4cm. Doktor kata cyst agak besar dan kena operate untuk buang. Airmata tak dpt dibendung. Tumpah juga dihadapan doktor. Doktor pun takde perasaan. Aku tanya ada tak cara nk kecutkan, dia kata takde. Dia suruh balik fikir, nanti dtg jmpe dia kalo nk operate and dia nk buat surat refer. Entah kenapa aku down tahap aku rasa end of world dah.
Kluar je bilik doktor, ramai pulakk orang. Husben keep on asking kenapa. Aku tak dpt kawal, ter-menitik lagi air mata. Aku ckp dgn husben "nanti dlm kete orang cite".

Masuk je kete, aku tnjuk gamba ultrasound. Aku ckp aku ada cyst. Aku nangis semahu-mahunya. Husben rasanya dah bersedia dengan smua ni. Katanye normal perempuan ada cyst. Dia cuba tenangkan aku dengan memberi kata-kata semangat. Tapi time tu, masuk telinga kanan, kuar telinga kiri je. Sebab dah tak boleh nak berfikir apa punn. Balik rumah aku menangis semahunya. Husben google info mngenai cyst. Pastu call mak dia ckp psl aku ada cyst n tnye psl cyst ni. Malangnya, mak dia pun tak berapa tau. Makin sedih aku time tuu. Seolah-olah aku tak mampu nk kurniakan zuriat. Ya Allah, tabahkan lah aku untuk setiap dugaan yang Kau berikan kepadaku.

Kemudian, aku decide nak call mak and bgtau. Tak terluah nak bgtay sbnrnya. Suruh husben ckp, dia pun taktau nak ckp cmner. Aku kumpulkan kekuatann utk ceritakan apa terjadi. Mak dgn tenang tanya aku satu persatu. Suruh aku buat second option check di klinik kerajaan atau hospital. Mak aku kata fibroid dia dlu lagi teruk. Mak aku mmg begitu. Pantang cakap sakit itu ini mesti dibidasnya dgn ayat " beranak lagi sakit!". Typical sgt. End of conversation dgn mak aku masih menangis lagi sampai aku tertidor menangis. Husben mnggunakan google utk mengumpul segala info psl cyst. Baca pengalaman org dan sbgainya.

31/1/2015
Hari menyedihkan. Hari paling down. Asyik menangis je. Baring kat katil, tengok tv pun nangis. Husben da runsing terpaksa menenangkan aku yang asyik menangis. Sedih terukkk woo.

1/2/2015
Aku terjaga skitar pukul 5 pagi untuk kencing memandangkan sejak akhir-akhir ni aku kerap kencing tak lawas. Aku check, masih lagi tak period. Hmmmm. Me gustaaa. Lepas kluar toilet dan baring, tiba-tiba aku terdetik nak buat urine test. Berbekalkan prgnancy test yg masih berbaki lgi satu(pernah digunakan pd bulan kedua pkhwinan), aku pegi toilet dan buat prgnancy test. Kali ni result mmg tak sprti aku cuba dlu. Line kedua klihatan samar wlaupun keadaan lampu waktu tu juga malap2 berbekalkan lampu yang dibuka di dapur.

Aku terus kejutkan husben.
"Boo, baby taktau nak cakap cmner"
Husben bangun dan terus tanya,
"Dah period ke?"
Lol. Saat tu aku rasa hampeh punya laki. Hahahaa.

"Tadi baby try prgnancy test tu, pastu second line tu samar2"
Husben terus bgn, aku cakap prgnancy test tu kat luar. Husben dalam keadaan mamai, kluar dan terus grab prgnancy test tu dan pegang bhgian yg dicelupkan dgn air kencing.

"Eeii boo pegang air kencing kite!"

Husben masih mamai dan membetulkan pegangan. Dibelek, ditilik dgn telitii pastu husben senyum dan angguk.
Katanya, "aah, yelah ni kot" sambil senyum2.
Kemudian adegan pagi tu berahir dengan ajakan husben utk kembali tidur. Cehhhh!
Time tu takleh tdooo weh rasa. Dah menangis dua hari, tetibe hari tu rasa macam nak melonjak suka. Tengah hari tu decide nk gi IOI City Mall singgah Guardian ke Watson nk beli UPT Digital. Balik tu sempat laa singgah umah mak borak sembang. Ouhh pagi tu aku ada tangkap gmba UPT tu and hntar kat mak. Mak kata tak reti nak tengok. Luls sgt.

So, kat rumah mak tu sembang n bawak sekali UPT pagi tu and tunjuk kat mak, along n awin. Sume mcm hepi laa kalo betul pregnant. Lepastu balik umah sendiri, husben dok belek kotak UPT Digital tu. Dia soh buat. Nampak sgt tak saboo. Sebab aku plan nak buat pagi nanti, yelah sebab nak kena air kencing pertama lepas bangun tdo. Tp aku baca kat kotak tu, dia kata kena 5 jam lepas minum air. Aku hitung balik last aku minum air pukul 3ptg. Time tu da pukul 8malam.  Aku pun decide, buat je lah lgpun alang² nak mandi.

Aku tunggu result tu dgn penuh pengharapan, pura² penyabar padahal tak sabar. Sambil tunggu tu aku mandi dlu lah. Husben tak menyabo dok ketuk pintu bilik air tanya result. Stress aku! Hahahhah. Suddenly! Alhamdulillah. Aku pggil husben,

 "Boo, nyah, tengoklah!". 
Suke husben. Senyummmmm je.

But, akhirnya aku kena jugak operate buang cyst tu waktu minggu ke-14 pregnancy bagi mengelakkan cyst pecah sebab cyst makin membesar hingga 6cmx6cm. Doktor terpaksa bedah kaedah Laparatomy (operate macam czer) sebab cyst berada di belakang baby. 

RESEPI : Donut

RESEPI : Donut ku yang gebu!
*untuk 20-25 biji donut*
Bahan-bahannya :
500 gram(4 cawan) tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu pekat
2 susu besar mentega
1 cawan air suam
1 sudu kecil baking powder
Minyak untuk goreng
Gula kastor untuk salutan

Cara-caranya :
- Satukan gula, yis dan ½ cawan air suam & biar sehingga yis kembang
- Satukan tepung,garam, susu pekat, mentega & baking powder. Jangan lupa ayak dulu tepung dan baking powder!
- Ramaskan bahan tadi sampai 'crumble'.(sampai dia jadi macam serbuk roti tuuu)
- Campurkan larutan yis tadi dan ulikan sehingga tidak melekat di tangan. Campurkan sekali baki air tadi.
- Biarkan doh naik hingga 3 kali ganda. Lebih elok bertutup la, nanti cicak landing pulak. 
- Tumbuk doh dan uli sikit lagi dan boleh laa mula membentuk ikut suka hati.
- Biarkan lagi lah sampai naik sekali ganda sebelum menggoreng.
- Minyak biar panas sebelum mula menggoreng. Api sederhana sajooo.
- Salutkan gula kastor sepenuh-penuhnya.

Kalau nak buat apam sambal pun boleh guna resepi ni, cuma tambah sambal je. Tapi style orang Joho, ada yang salut sambal dengan donut. Terpulang pada citarasa masing-masing.
#resepimimiexira

RESEPI : Creamy Buttermilk Chicken


RESEPI : Creamy Buttermilk Chicken yang owsem!
*untuk 2-3 orang makan*

Bahan-bahan :
500gram ayam popcorn/ayam salut tepung goreng crispy
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
½ tin susu cair/susu sejat*nak berkuah boleh lebihkan
1 sudu besar susu pekat manis
½ sudu kecil serbuk kari
3-4 batang cili padi
150-200gram butter(lagi padu pakai Buttercup sebab bau dia owsem!)
1sudu besar tepung gandum/,teping jagung*optional
Garam sebagai perasa

Cara-caranya :
-Goreng ayam popcorn sehingga masak/keperangan. angkat dan toskan.
-Cairkan butter di dalam kuali dgn api sederhana perlahan.
-Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga mesra dan naik bau. Masukkan tepung gandum sekiranya nak kuah yang pekat. Jika tidak, abaikan saje. Gaul seketika.**boleh guna juga tepung jagung utk pekatkan kuah tp msukkan lepas da letak susu
-Masukkan susu sejat/susu cair. Gaul sikit, kemudian masukkan susu lemak manis sikit nk dapatkn rasa lemak manis disukai ramai. Taburkan sikit serbuk kari dan garam utk perasakan.
-Kemudian msukkan ayam. Gaul mesra sehingga berbuih/meluap. Bila kuah meluap/berbuih, maknanye kuah pekat. Kalau taknak pekat, jangan tunggu smpai berbuih. Ok siap!

Nak lagi best pakai ayam Uncle Jack yang Crispy Spicy ke atau PopCorn Chicken. Guna yang tu, lagi paduu.
#resepimimiexira