Dugaan dan cabaran setiap insan itu berbeza dalam mengandungkan dan melahirkan zuriat. Alhamdulillah untuk setiap dugaan dan rahmatMu. Pelbagai dugaan aku lalui sepanjang mengandungkan sang penghuni pertama rahimku ini.
Detik ituuuu :
Memula mummy ingat mummy sakit, ada ketumbuhan dalam ovari kiri, esok tu mummy check awak pulak menghuni rahim mummy.
28 April 2015
Mummy korbankan semua untuk Aqeev. Mummy bedah perut waktu Aqeev menginap 4 bulan dalam rahim mummy. Sebab mummy takmau hilang Aqeev, walaupun ada risiko yang mummy tetap akan hilang Aqeev, tapi mummy redha. Sebulan 2 minggu mummy cuti, menahan sakit lepas pembedahan dan perut semakin mengembang. Allah je yang tau.
11 Jun 2015
Mummy diduga dengan sakit gigi geraham bawah sebelah kanan. Ya Allah. Sakitnya lebih sakit dari lepas bedah tu. Mummy redha. Sume untuk Aqeev. Daddy panik sangat waktu tu. Sakit gigi melanda waktu tengah malam. Macam-macam mummy buat supaya gigi tak sakit. Lepas sakit gigi bawah, gigi atas pulak. Allahu, nak makan sume payah. Tapi demi awak, mummy telan je walau sakit nak kunyah.
14 September 2015
Aqeev hampir 37 minggu menginap rahim mummy. Allah uji mummy dan daddy dengan sakit mummy. Mummy disahkan mengidap Bell's Palsy iaitu lumpuh separuh muka mummy disebabkan saraf membengkak berpunca dari 2 minggu sebelumnya. Mummy ada rasa gatal-gatal tekak. Tapi doktor cakap mungkin sebab jerebu teruk waktu. 3 hari mummy nangis berturut-turut sebab down sangat. Nak cakap ke nak makan ke nak kumur ke sume jadi tak kena sebab mulut mummy jadi herot. Nak tido pun jdi cabaran pada mummy bila sebelah mata takboleh tutup dengan rapat. Opah cakap sakit ni kifarah dosa. Lama-lama mummy terima dan redha dengan semua ketentuan Allah bagi.
26 September 2015
2 minggu sebelum Aqeev lahir (EDD:9/10/2015), mummy kena masuk spital lebih awal sebab gatal-gatal teruk satu badan. Taktau apa punca. Bell's Palsy masih ada, sikit pun tak berubah. Gatal-gatal pulak badan ni sampai tak leh tdo duk menggaru je. Mummy gi spital sbb nk check je, tp doktor dah check jalan. Baru bukak 1cm. Mengikut pembacaan. Lama lg nk lahir ni sebab anak pertama. Doktor dah suruh masuk spital sbb dia nak check lebih lanjut sakit mummy ni. Redha je ler. Hari² dorang check jalan dan bukakkan jalan mummy. Phewww. Memang ngeri nak check jalan waktu memula tu. Kasar sgt doktor buat. Tiap hari, tiap pagi mummy kena kejut utk check tekanan darah, ambil darah tiap hari kul 7pagi. Kul 3pagi check tekanan darah. Since then, mummy tak pernh dapat tdo yg lena. Huhu.
30 September 2015
Dah lama berkampung kat spital ni. Katil sebelah da kluar masuk dah. Malam sebelum tu doktor check jalan kata dah 3cm, esok dia nak suruh mummy beranak. Dia nak bukak jalan sampai 4cm dan pecahkan ketuban. Tp sejak dia bukakkan jalan mummy, mummy belum lg rasa contraction. Pagi tu, lepas dia pecahkan ketuban dan terus masukkan mummy dalam labor room, baru mummy rasa contraction. Rasa macam perut keras and sakit senggugut. Sebelum tu mummy ade ckp nk epidural, tp tak expact pulak dia masukkan epidural time tu jugak. Aiyooh. Mummy kena dua dos sebab dos pertama tu tak efisien kat mummy. Daddy temankan mummy dari pukul 9pagi - 12tengah malam.
Akhirnya mummy kena czer sbb Aqeev tdo je dlm perut mummy. Detik kelahiran : 1/10/2015, 0047hrs.
Alhamdulillah. Aqeev kuat dan Aqeev juga kuatkan mummy. Sihat membesar dari dalam perut mummy sampai sekarang. Sehat membesar yea Aqeev, semoga jadi anak soleh.
Besar nanti belikan mummy tikar Turkey rege RM 10 000 yea. Kikiki.
#wanaqeevralfiq